Apakah perbezaan di antara Coca‑Cola Klasik dan Coca‑Cola Rasa Asli - Kurang Kalori?
Coca‑Cola Klasik adalah cola asli dan ikonik kami yang dikeluarkan pada tahun 1886. Manakala Coca‑Cola Rasa Asli - Kurang Kalori diformulasikan dengan 50% kurang gula dengan rasa asli Coca‑Cola yang enak, selari dengan garis panduan pilihan lebih sihat. Kami menggalakkan pengguna memilih produk yang paling sesuai dengan citarasa dan keperluan gaya hidup masing-masing. Untuk maklumat pemakanan yang tepat, sila rujuk label pada pembungkusan produk.