Sejarah Kami

Pada 8 May 1886, Dr. John Pemberton menyajikan Coca‑Cola pertama di dunia di Jacob's Pharmacy di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Bermula daripada minuman ikonik itu, kami berkembang menjadi sebuah syarikat minuman.

Setiap hari, lebih daripada 2.1 bilion sajian minuman dinikmati di lebih 200 negara. Rekod ini adalah hasil usaha 700,000 kakitangan The Coca‑Cola Company termasuklah 225+ rakan pembotolan yang membantu dalam pengeluaran minuman kami di serata dunia.

Legasi Bersejarah: Menghilangkan Dahaga Selain Membawa Perubahan

Selama lebih dari 135 tahun, The Coca‑Cola Company telah menjadi sebahagian daripada kita sama ada ketika percutian, acara istimewa mahu pun kehidupan harian. Daripada jenama dan iklan kami yang ikonik kepada usaha kelestarian kami di seluruh dunia, matlamat The Coca‑Cola Company adalah menceriakan dunia dan membawa perubahan.

 

Tangan memegang botol Coca-Cola dengan glob di latar belakang

Botol Coca‑Cola Pertama

Botol berkontur ini telah diraikan di dalam hasil seni, muzik dan iklan. Bacalah kisah tentang kerjasama yang bermula pada 1915 dan bertukar kepada salah satu bentuk yang paling terkenal di dunia.

Lukisan pensil botol Coca-Cola pertama

Kisah Luar Biasa Diet Coke

Pada musim panas 1980, seorang pengurus perancangan Coca‑Cola bernama Jack Carew telah dipilih untuk mengetuai satu projek yang telah 'diperam' lebih dua dekad di dalam syarikat kami - iaitu memperkenalkan Coca‑Cola versi diet.

Imej sepanduk memaparkan produk Diet Coca-Cola