pusat berita dan media coca cola malaysia

Coca‑Cola melancarkan filem pendek “For the Human Race” memberi penghormatan kepada semangat positiviti, kebersamaan dan kemanusiaan dalam krisis semasa

01/05/2020

Kuala Lumpur, Malaysia, Mei 1, 2020 – Dalam meraikan Hari Pekerja Antarabangsa, Coca‑Cola melancarkan sebuah filem pendek yang mempersembahkan ode kepada manusia dan semangat kemanusiaan dalam masa-masa yang mencabar ini. 

Berjudul “For the Human Race”, filem itu menyoroti tumpuan kepada semangat kemanusiaan dan sifat pemurah di dalam manusia di seluruh dunia yang melanda krisis semasa dan memberikan penghormatan kepada harapan sejagat, semangat positiviti dan kebersamaan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terus bertungkus lumus untuk memastikan kita selamat dari krisis semasa, terutama yang berada di barisan hadapan” kata Ahmed Yehia, Pengurus Negara, Coca‑Cola Singapura dan Malaysia. “Setiap hari, kami mendapat inspirasi dan semangat dari sifat-sifat tidak mementingkan diri, baik hati, dan keberanian orang ramai di seluruh dunia. Melalui filem pendek global ini, kami ingin menghargai dan memberi penghormatan kepada sikap positiviti, kebersamaan dan sifat permurah sesama manusia”

Filem #ForTheHumanRace dilancarkan pada hari ini di saluran Youtube Coca‑Cola Company: https://cokeurl.com/FTHRMY

Kredit:

Agensi Kreatif: Merdeka LHS – Dentsu Group

Muzik: “Superheroes” oleh The Script

*************

Classified - Confidential

Mengenai Syarikat Coca‑Cola

Syarikat Coca‑Cola (NYSE:KO) adalah sebuah syarikat minuman, menawarkan lebih daripada 500 jenama di lebih dari 200 negara dan wilayah. Sebagai tambahan kepada syarikat jenama Coca‑Cola, portfolio kami merangkumi AdeS, Ayataka, Costa, Dasani, Del Valle, Fanta, Georgia, Gold Peak, Innocent, Minute Maid, Powerade, Simply, smartwater, Sprite, vitaminwater dan ZICO. Portfolio kami sentiasa berubah, dari mengurangkan gula dalam minuman kami hingga membawa produk baru yang inovatif ke pasaran.Kami juga berusaha mengurangkan kesan persekitaran dengan mengisi semula air dan mempromosikan kitar semula. kami mempekerjakan lebih daripada 700,000 orang, membantu membawa peluang ekonomi kepada masyarakat tempatan di seluruh dunia.Ketahui lebih lanjut di Coca‑Cola Journey di www.coca-colacompany.com dan ikuti kami di Twitter, Instagram, Facebook dan LinkedIn.

Mengenai Syarikat Coca‑Cola Malaysia

Coca‑Cola Malaysia di Malaysia mengeluarkan, memasarkan dan mengedarkan lebih daripada 80 produk termasuk minuman (Fanta, A&W, Schweppe) minuman tanpa kalori (Coca‑Cola Light, Coca‑Cola Zero Sugar, Coca‑Cola Stevia, Sprite) minuman jus (Minute Maid Pulpy), teh (Heaven and Earth), isotonic (Aquarius) dan air (Dasani).

Coca‑Cola mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 1936 dan telah melayani lebih dari 200,000 pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Melalui pelbagai program dan rakan kongsi, Coca‑Cola Malaysia bertujuan untuk membuat perbezaan positif yang berkekalan dalam masyarakat setempat.

Dari program kitar semula dengan Malaysian Nature Society, Global Environment Centre, Reef Check, MareCet, Waste Management Association of Malaysia dan Universiti Putra Malaysia: Coca‑Cola Malaysia telah mengusahakan projek air bersama Muslim Aid Malaysia dan Raleigh International untuk menyediakan akses ke air bersih untuk lebih daripada 23,000 penduduk kampung di luar bandar Sabah, Untuk meneguhkan kekuatan ekonomi kepada wanita melalui program keusahawanan Coca Cola KU – Coca‑Cola komited untuk membina komuniti lestari di Malaysia.