Demam Bola Sepak Kembali, Coca‑Cola Raikan Kemeriahan Liga Perdana Inggeris di Malaysia

Peminat boleh menantikan pengalaman baharu, ganjaran menarik dan detik-detik bola sepak yang dikongsi bersama sepanjang musim

KUALA LUMPUR, 4 September 2026 – Penantian kini berakhir. Liga Perdana Inggeris (The Premier League) kembali untuk satu lagi musim yang mendebarkan, membawa bersama keterujaan dan semangat yang menjadikannya antara liga bola sepak paling diminati di dunia. Musim ini, peminat bola sepak di Malaysia boleh menantikan pelbagai pengalaman menarik yang melangkaui sekadar menonton perlawanan di skrin.

Sejak sekian lama, bola sepak telah menyatukan komuniti di seluruh negara dan keterujaannya dapat dirasai pada setiap musim apabila para penyokong berkumpul untuk memberikan sokongan kepada kelab kegemaran masing-masing. Semangat ini diraikan dengan cara yang cukup tersendiri. Budaya bola sepak jelas terserlah melalui sorakan di restoran mamak, rakan-rakan yang berkumpul sambil menikmati minuman, serta detik bermakna yang dikongsi seisi keluarga ketika menonton perlawanan.

Dengan kembalinya Liga Perdana Inggeris, keterujaan rakyat Malaysia terhadap bola sepak terus memuncak. Sebagai Rakan Minuman Ringan Rasmi Liga Perdana Inggeris, Coca‑Cola membawa peminat lebih dekat dengan aksi di padang menerusi pelbagai pengalaman menarik dan aktiviti yang berlangsung sepanjang musim ini.

“Selama 90 tahun, Coca‑Cola telah menjadi sebahagian daripada pelbagai sambutan, tradisi dan detik kebersamaan rakyat Malaysia. Bola sepak merupakan antara minat yang paling dekat di hati rakyat Malaysia, dan tahun ini, kami menjadikan pengalaman tersebut lebih istimewa menerusi kempen Rasa-Rasa Bola yang mendekatkan para peminat dengan tradisi dan detik-detik kebersamaan yang menjadikan bola sepak begitu istimewa dalam kalangan komuniti,” kata Chrystian Lim, Pengarah Pemasaran Coca‑Cola Singapura, Malaysia dan Myanmar.

Kempen Rasa-Rasa Bola oleh Coca‑Cola musim ini meraikan cara unik rakyat Malaysia menghayati setiap detik bola sepak. Tradisi dan amalan yang sinonim dengan pengalaman menonton bola sepak dihidupkan menerusi pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh peminat dan orang ramai, termasuk:

  • Pengalaman Istimewa Hari Perlawanan di Seluruh Negara
    Lebih 50,000 kedai di seluruh Malaysia akan tampil dengan suasana yang diinspirasikan daripada kemeriahan hari perlawanan. Suasana ini membolehkan para peminat merasai sendiri keterujaan Liga Perdana Inggeris menerusi pelbagai aktiviti menarik, pengalaman interaktif dan ganjaran eksklusif.
  • Sorak Hujung Minggu Dengan Coke X Liga Perdana Inggeris
    Promosi di seluruh negara yang menawarkan peluang kepada para peminat untuk memenangi lebih 100,000 hadiah menarik, termasuk hadiah utama iaitu tiga pasang tiket untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris secara langsung, menjadikan setiap hujung minggu lebih meriah dengan semangat bola sepak.
  • Mendekatkan Peminat dengan Aksi Perlawanan
    Menerusi kerjasama strategik dan pelbagai aktiviti untuk peminat, Coca‑Cola membawa rakyat Malaysia lebih dekat dengan kemeriahan Liga Perdana Inggeris, sambil mencipta lebih banyak peluang untuk berkumpul, bersorak dan menikmati detik-detik yang menjadikan bola sepak begitu istimewa.

Bersempena dengan 90 tahun bersama rakyat Malaysia dalam pelbagai fasa kehidupan, Coca‑Cola terus komited menjadi sebahagian daripada detik-detik kebersamaan rakyat Malaysia. Bola sepak kekal sebagai salah satu sukan yang paling diminati di seluruh negara, menyatukan para peminat melalui keterujaan, semangat dan detik-detik yang sukar dilupakan.

Nantikan lebih banyak pengumuman menarik daripada Coca‑Cola sepanjang musim bola sepak ini. Para peminat di Malaysia boleh menikmati lebih banyak kejutan dan pengalaman yang melangkaui sekadar menonton perlawanan.

Kini tiba masanya untuk kita meraikan bola sepak bersama-sama.