The Ocean Cleanup, Landasan Lumayan Sdn Bhd, J&K Wonderland Foundation dan Coca‑Cola Malaysia Lancar Kemudahan Pengasingan Sisa di Sungai Klang


Kemudahan ini dirasmikan oleh Datuk Bandar Klang, dan menandakan satu pencapaian penting dalam usaha mengurangkan pencemaran sungai dan memacu usaha kitar semula di Malaysia


KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2025 – The Ocean Cleanup bersama rakan-rakan strategik – Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), J&K Wonderland Foundation, dan Coca‑Cola Malaysia, secara rasmi melancarkan sebuah kemudahan pengasingan sisa baharu di Sungai Klang. Ini melambangkan satu pencapaian penting untuk menghalang sisa marin daripada berakhir di tapak pelupusan, serta membudayakan penyelesaian ekonomi pekeliling.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandar Diraja Klang (MBDK), YBhg. Dato' Haji Abd. Hamid Hussain, dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan projek ini dalam memperkukuh pengurusan sisa tempatan serta usaha kemampanan alam sekitar.

Kemudahan ini akan mengasing dan memproses sisa yang dikumpul menerusi teknologi The Ocean Cleanup, termasuk Interceptor 002 yang berkuasa tenaga solar serta sistem penghadang ‘log boom’. Sistem ini direka bagi menyekat sampah di sungai sebelum ia sempat mengalir ke lautan.

Dengan sokongan kewangan daripada Coca‑Cola Malaysia dan J&K Wonderland Foundation, serta kepakaran pelaksanaan LLSB, kemudahan ini bertujuan memaksimumkan hasil kitar semula serta mewujudkan peluang pekerjaan tempatan. Pasukan kakitangan sepenuh masa akan ditugaskan di lokasi bagi mengasingkan sisa secara manual – memisahkan bahan boleh kitar semula seperti plastik dan aluminium daripada sisa organik dan tidak boleh dikitar semula. Proses pengasingan ini diharap dapat menyumbang kepada amalan pengurusan sisa yang lebih mampan dan cekap.

Kerjasama awam-swasta ini menghimpunkan barisan agensi kerajaan tempatan, pemimpin sektor swasta, dan pertubuhan bukan untung The Ocean Cleanup, dan merupakan bahagian penting dalam keseluruhan program pembersihan Sungai Klang.

Ketika berucap di majlis perasmian, Pengarah Unit Sungai The Ocean Cleanup, Marco Piët  berkata: “Dengan kerjasama rakan-rakan kongsi kami, kemudahan pengasingan sisa baharu ini akan membantu menambah baik pengurusan sisa yang dihalang daripada memasuki lautan, selaras dengan misi berterusan kami untuk menghapuskan 90% pencemaran plastik terapung di lautan.”

Beliau turut berkongsi rancangan untuk menambah jumlah Interceptor di Kuala Lumpur, serta memperkenalkan inisiatif ‘30 Cities Program’ – satu inisiatif oleh The Ocean Cleanup untuk memperluas penggunaan Interceptor yang terbukti berkesan di 30 bandar utama di Asia dan benua Amerika. Sasarannya adalah untuk menghapuskan sehingga satu pertiga daripada jumlah plastik yang mengalir dari sungai-sungai di seluruh dunia ke lautan menjelang 2030.

Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd, Syaiful Azmen Nordin pula berkata: “Kesihatan Sungai Klang adalah tanggungjawab bersama – penting bagi komuniti setempat dan alam sekitar. Kemudahan ini membuktikan apa yang boleh dicapai apabila pelbagai pihak berkepentingan bersatu atas matlamat yang sama. Landasan Lumayan Sdn Bhd kekal komited dalam usaha memulihara sungai ini, dan inisiatif bersama ini adalah pemacu penting bagi keseluruhan strategi pengurusan sisa kami.”

Pengarah Kanan, Operasi Francais, The Coca‑Cola Company (Singapura, Malaysia & Brunei), Amanda Lin, berkata: “Usaha di Sungai Klang ini merupakan sebahagian daripada kerjasama lebih luas kami dengan The Ocean Cleanup di Asia Tenggara bagi menghalang sisa plastik daripada mengalir ke lautan. Kami juga menyokong pelaksanaan di Thailand, Vietnam dan Indonesia – dengan pasukan kami di lapangan bagi membantu The Ocean Cleanup mengembangkan penyelesaian mereka.”

Setakat ini, kedua-dua Interceptor milik The Ocean Cleanup telah berjaya menyingkirkan hampir 3,000 tan sisa dari Sungai Klang yang mengalir melalui kawasan perindustrian Kuala Lumpur. Kemudahan baharu ini memperkukuh lagi impak keseluruhan program pembersihan berkenaan, bagi mengurangkan pencemaran plastik serta mengembalikan keseimbangan ekologi salah satu sungai terpenting di Malaysia.

###

About The Ocean Cleanup
The Ocean Cleanup is a non‑profit organization that develops and scales technologies to rid the oceans of plastic. By conducting extensive research, engineering scalable solutions, and partnering with governments, industry, and like-minded organizations, The Ocean Cleanup is working to stop plastic inflow via rivers and remove legacy plastic already polluting the oceans. As of June 2025, the non-profit has collected over 28 million kilograms (62 million pounds) of trash from aquatic ecosystems around the world. Founded in 2013 by Boyan Slat, The Ocean Cleanup now employs a multi-disciplined team of approximately 200 people. The organization is headquartered in Rotterdam, the Netherlands, with international operations in 10 countries. For more information, visit www.theoceancleanup.com.

About Landasan Lumayan Sdn Bhd
The Master Developer of Selangor Maritime Gateway
Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) was incorporated under the Companies Act, 1965 on 3 May 2012. LLSB has been appointed by the Selangor State Government as the main driver of the Selangor Maritime Gateway (SMG), aimed at carrying out cleaning, development, and conservation activities for the Klang River. This project is part of an integrated effort to transform the Klang River into a new economic development zone in Selangor, focussing on sustainable development namely eco-tourism, residential, and service industries.

About Coca‑Cola Malaysia
In addition to Coca‑Cola, one of the world’s most valuable brands, the Coca‑Cola system in Malaysia manufactures, markets and distributes over 80 products including sparkling beverages (Coca‑Cola Klasik, Coca‑Cola Rasa Asli, Sprite, Fanta, A&W, Schweppes), low and zero-calorie sparkling beverages (Coca‑Cola Zero Sugar, Sprite Zero Sugar), fruit drinks (Minute Maid Refresh, Minute Maid Qoo), teas (Fuze Tea, Authentic Tea House), and water (Glaceau Vitaminwater, Dasani).

Coca‑Cola has been in Malaysia since 1936 and today serves over 200,000 customers across Peninsula Malaysia and East Malaysia. Through its range of brands, Coca‑Cola® Malaysia refreshes consumers across the country and through its programs and partnerships, the company aims to make a lasting positive difference in the local community. 

Coca‑Cola Malaysia is committed to supporting our global environmental goals, which include sustainable packaging design and supporting recycling and collection rates, both of which require enabling policies and the growth of collection infrastructure.

For more information about Coca‑Cola Malaysia, visit: www.Coca‑Cola.com.my